Bagi alasan nak isi air sebab nak melepak dengan kawan, sekali kantoi dengan isteri

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang lelaki memberi alasan ingin mengisi air kepada isterinya supaya dapat keluar melepak bersama rakan-rakan, lapor laman berita Liputan 6 semalam. Video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @bodoamat_10 itu memaparkan sekumpulan lelaki sedang melepak di sebuah kedai. Seorang lelaki berbaju hitam yang menaiki motosikal kemudian tiba dan menghampiri meja rakan-rakannya. Dia membawa botol air minuman bersaiz besar. Lelaki itu dikatakan sudah berkahwin dan menjadikan botol air tersebut sebagai alasan supaya dapat melepak bersama rakan-rakannya.

Membawa botol air adalah strategi saya wkwk,” demikian kapsyen video tersebut. Kejadian itu dikatakan berlaku di Cilacap, Jawa Tengah. Video itu mendapat perhatian warganet di ruangan komen. Bila isterinya menonton video ini, dia tidak akan percaya lagi, (pada suaminya)” komen seorang warganet. Bila balik rumah, dia lupa beli air,” komen warganet lain. – Agensi. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.