Arab Saudi anjurkan majlis berbuka puasa terpanjang di dunia, lebih dari 8k orang yang datang

Arab Saudi menjadi penganjur majlis berbuka puasa terpanjang di dunia sepanjang 1,200 meter dan dihadiri lebih 8,000 warga Indonesia di bandar Padang, Sumatera Bara kelmarin, lapor portal berita Arab News. Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi yang diwakili oleh atase agama di Jakarta telah menganjurkan iftar di beberapa bandar di Indonesia, demikian menurut Saudi Press Agency (SPA).

Gabenor Sumatera Barat, Mahyeldi Ansharullah dan Atase Agama, Ahmed bin Isa Al-Hazmi menghadiri majlis itu yang turut disertai oleh beberapa ahli politik, pemimpin pertubuhan Islam dan ketua universiti. Ansharullah berkata, pemerintah Indonesia akan memohon supaya majlis itu diktiraf oleh Guinness World Records. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman dan Putera Mahkota negara itu, Putera Mohammed kerana kemurahan hati mereka. Gabenor itu berkata, majlis itu akan mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.

Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.