Muat naik gambar jadi perhatian warganet, Che Ta bagi tahu saiz pinggang dia buat ramai yang tercengang

Selebriti jelita, Rozita Che Wan sering menjadi perhatian dek kerana perwatakannya yang bersahaja lagi-lagi apabila berbicara dalam loghat utaranya. Terbaharu, pelakon yang gemar disapa Che Ta itu sekali lagi menjadi bualan peminat apabila memuat naik sebuah perkongsian di Instagram miliknya. Menerusi perkongsian tersebut, Che Ta memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya yang tampil mengenakan busana serba biru. Apa yang menarik perhatian adalah susuk tubuh badan Che Ta sangat langsing bak anak dara. Dan lebih mengejutkan, Che Ta berkongsi saiz pinggangya yang dikatakan hanya secekak.

Pinggang kami saiz 22 inci hampa, secekak ja. Dia macam tak tau nak beza leher atau pinggang, hahahah. Menurut ibu kepada tiga cahaya mata ini lagi, dia memaklumkan dirinya tidak mengamalkan diet bagi mendapatkan saiz tersebut sebaliknya hanya mengawal dalam pemakanan. Kalau ada yang tanya kami diet ka, takdak. Kami makan ja semua tapi berpada hampa,” ujar Che Ta. Tinjauan kami di ruangan komen tersebut mendapati rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian Che Ta itu. Malah ada yang seloroh menyatakan pinggang Che Ta ibarat kerengga.

Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.