Bagi rakyat di negara tropika seperti Malaysia, hujan adalah perkara biasa kerana ia selalu turun apatah lagi ketika musim tengkujuh, tetapi bagi penduduk di negara padang pasir yang panas dan kering seperti Arab Saudi, ia adalah sesuatu yang jarang ditemui dan apabila hujan turun, dianggap rahmat serta petanda baik. Hal yang demikian kerana dengan keadaan cuaca yang panas di sekitar kota suci ini dengan purata suhu siang hari sekitar 43 darjah selsius, tidak sukar digambarkan kegembiraan mereka menyambut hujan rahmat itu. Maka, bukan sesuatu yang pelik apabila terdapat jemaah Malaysia yang begitu teruja hingga sanggup merakamkan foto kenangan dalam keadaan basah kuyup.
Baru-baru ini aktres cantik Daiyan Trisha juga merupakan salah satu jemaah dari Malaysia yang berpeluang menikmati suasana rintik hujan di tanah suci Makkah. Memuat naik video di laman TikTok miliknya, Daiyan bersama ibunya kelihatan begitu teruja sehingga menitiskan air mata kegembiraan dapat menyaksikan kekuasaan Allah SWT memberi rahmat hujan di tanah suci Makkah. Bersempena bulan ramadan ini, rata-rata peminat Daiyan juga menitipkan doa agar mereka juga dijemput ke sana kelak. Terdahulu, Daiyan Trisha tampil meluahkan rasa syukurnya dapat mengerjakan ibadah umrah buat kali kedua. Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Daiyan menerusi sebuah perkongsian di Instagram. Klik sini untuk lihat video.
Menurut Daiyan, dirinya kini sudah berada di Madinah dan syukur niat baiknya untuk menunaikan ibadah umrah setiap Ramadan tercapai pada tahun ini.Daiyan juga sempat memohon maaf dan meminta semua orang yang mengenalinya mendoakan agar ibadah yang dilakukan itu dipermudahkan. Menjengah ke ruangan komen hantaran yang dikongsikan di laman TikTok Daiyan, rata-rata peminat memuji penampilan Daiyan yang begitu cantik dan manis apabila mengenakan tudung semasa menunaikan umrah.
Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.