Bukan biasa biasa, Meerqeen luah rasa bangga bila jadi artis Malaysia yang pertama untuk jadi duta jenama terkenal

Rezeki makin mencurah-curah! Satu lagi pencapaian buat pelakon kacak, Meerqeen apabila dilantik menjadi duta untuk satu jenama antarabangsa yang sangat dikenali. Ketika ditemui, Meerqeen meluahkan rasa syukur kerana menjadi duta pertama untuk foundation dan fragrance franchise bagi produk jenama, YSL Beauty. Kata aktor berumur 21 tahun, dia selalu kagum dengan komitmen jenama itu terhadap kreativiti dan ekspresi kendirinya. “Sudah semestinya saya berasa teruja apabila menjadi artis Malaysia pertama dilantik sebagai duta jenama mewah antarabangsa itu.”

Sementara itu, Ketua Pengurus Besar Jenama YSL Beauty Malaysia dan Singapura iaitu Zaireen Ibrahim berkata pemilihan pemilik nama Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam kerana dia seorang yang jangkaui batasan, hidup bebas, serta tidak berkompromi dengan apa-apa sahaja dalam kehidupan. Sifat-sifat itu membuatkan peserta Hero Remaja 2019/2020 padanan yang sesuai untuk sebuah jenama yang menyahut perkara tidak konvensional serta menggalakkan orang ramai supaya tidak menyesali diri sendiri.

“Kami rasa gembira atas penglibatan Meerqeen sebagai duta jenama kami. Personaliti dan nilai Meerqeen amat sejajar dengan etos jenama kami yang mendukung keindividuan dan melangkaui batasan. Pihak kami teruja untuk menyaksikan kolaborasi Meerqeen dan YSL.” Untuk rekod, nama Meerqeen mula melonjak dalam industri seni tanah air selepas membintangi drama rantaian Melur Untuk Firdaus yang ditayangkan di TV3 bergandingan bersama pelakon kacukan, Anna Jobling. Kini, drama Melur Untuk Firdaus 2 sedang rancak ditayangkan di slot Akasia TV3, setiap hari jam 7 malam.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.