Jangan menilai dari segi luaran, Daiyan Trisha mohon warganet doakan dia supaya kekal istiqamah

Saya cuma minta orang doakan supaya saya terus istiqamah. Ia agak berbeza pada setiap individu. Perjalanan hidup saya nak jadi seorang muslimah yang sempurna pun jauh lagi. Dan cabarannya pun lain untuk setiap individu. Jadi saya minta orang doakan sahaja sebab setiap kali umrah saya mesti bawa balik diri yang baru di mana walaupun tak tutup aurat tapi saya ada matlamat untuk diri saya sendiri dan apa yang saya boleh berikan kepada semua.”

Demikian kata penyanyi Daiyan Trisha mengulas perubahan penampilannya selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini. Menurutnya, dia kini mengeluarkan selendang dan ia adalah satu usaha untuk memudahkan wanita mengenakannya. Ini usaha saya untuk istiqamah dan setiap wanita boleh cuba macam nak kenakannya masa Ramadan, hari Jumaat atau apa saja. Berkenaan dengan pembabitan dengan agensi peragaan antarabangsa, jika terlalu seksi saya akan cuba tolak. Tapi kebanyakan jenama antarabangsa lebih memahami.

Ada satu ketika saya dijemput pada bulan puasa dan saya kata saya kena pakai selendang tapi mereka memahami dan benarkan. Cuma saya tak dapat hadir,” katanya ditemui pada sidang media filem Sumpahan Jerunei di sebuah hotel baru-baru ini. Menurutnya, pandangan fizikal orang ramai sememangnya tidak melambangkan isi hatinya. Takkanlah saya balik umrah, apa yang orang tengok hanyalah pakaian saya sahaja. Itu yang paling senang untuk cari salah. Kalau hati ini boleh keluar. Maknanya, boleh nampak tompok-tompok hitam, itu pun kalian ‘judge’. Kalaulah boleh nampak.

Orang tak boleh nampak hati saya. Apa yang mereka nampak adalah luaran saya. Jadi, saya faham apabila khalayak ‘judge’ (mengadili) saya bila tak pakai tudung,” katanya. Daiyan berkata, proses menutup aurat berbeza bagi setiap individu. Ada yang pakai tudung kemudian cabut dan itu tidak mengapa kerana mereka pun mencuba. Namun dia meminta agar masyarakat tidak mudah untuk menghakimi.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.