Kalau dia balik raya, Alhamdulillah. Kalau dia tak balik pun, kami tak ambil hati. Saya dan isteri, Datin Patimah Ismail, sudah reda,” kata penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam mengenai sambutan Aidilfitri ini yang akan dirai bersama anaknya, Syamsul, 39.
Yusof, 68, ketika dihubungi berkata, dia dan isteri sudah reda dan terpulang kepada Syamsul sama ada mahu pulang berhari raya bersama mereka atau tidak kerana pintu rumah sentiasa terbuka untuknya.
Sama ada dia balik beraya dengan kami atau tidak, itu Wallahu a’lam (Dan Allah lebih tahu). Dia (Syamsul) pun sebelum ini pernah tak balik raya sampai tiga tahun. Lepas itu, dia ada balik sekejap. Tak apalah. Bagi saya, saya redakanlah.
Pintu rumah kami, sudah tentu sentiasa terbuka untuk dia kalau dia balik. Anak kita kan. Kalau sahabat kita pun, kalau kita ada krisis, tapi kalau dah berhari raya, mestilah beraya ini untuk kita bermaaf-maafan,” katanya kepada Harian Metro.Mengulas juga persiapan Aidilfitrinya bersama keluarga, Yusof berkata, seperti biasa persiapannya setiap tahun dibuat sederhana saja.
Katanya, dia lebih kepada menanti kunjungan adik-beradik dan saudara mara untuk datang ke rumah. Untuk pagi raya itu, biasalah adik-beradik yang rapat dengan kita balik. Ibu bapa kita pun dah tak ada, kedua-duanya sudah meninggal dunia lama, jadi kita adik-beradiklah datang kunjung-mengunjung.
Pada hari raya kedua pula, saya bersama isteri akan ke Pulau Pinang selama tiga hari di sana. Tapi, kami akan sambung berkunjung ke rumah adik-beradik selepas pulang semula ke Kuala Lumpur,” katanya. Yusof berkata, kunjung-mengunjung ketika Aidilfitri menjadi tradisi dalam keluarganya setiap tahun.
Katanya, dia yang mempunyai tujuh adik-beradik akan bergilir-gilir menjadi tuan rumah untuk meraikan kemeriahan Aidilfitri. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.