Sikap Peramah Fazura dan Fattah Amin Dipuji peminat.

Tular sebuah video yang dimuat naik peminat di media sosial apabila pelakon cantik Nur Fazura yang tidak berat mulut untuk menegur dan beramah mesra dengan peminat di sebuah pusat membeli belah.

Menerusi video tersebut, Fazura yang sedang menaiki eskalator mengucapkan Selamat Hari Raya kepada peminat yang menegurnya. Namun, apa yang lebih menarik perhatian ialah kelibat suaminya, pelakon lelaki terkenal, Fattah Amin yang berada disamping Fazura kelihatan malu-malu.

Rata-rata warganet membanjiri ruangan komen kerana gemar melihat sikap dan personaliti yang ditonjolkan oleh Fazura dan ada yang mengusik sifat pemalu Fattah. Fazura peramah, Fattah pemalu.. Ha gitulah kejadiannya.

Aku pun terangguk-angguk macam dia yang bercakap dengan aku. Fazura ni peramah sampai suami dia malu,” komen warganet . Warganet juga turut menulis komen bahawa personaliti yang ditonjolkan oleh Fazura persis seorang menteri yang sedang melawat kawasan.

Sikap ramah Fazura ini juga sebenarnya kerap kali dirakam oleh netizen, lebih-lebih lagi apabila dia banyak mendapat jemputan acara sempena Ramadan dan perlu bertemu dengan peminatnya.

Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.