Ramai yang nak pulang balik kampung raya ni, sekali Doktor haiwan tampil kongsikan tips kalau nak tinggalkan kucing di rumah

Musim perayaan dah hampir tiba, min yakin sekarang ini memang ramai yang tengah buat persediaan sebelum tinggalkan rumah ke kampung halaman.  Namun bagaimana pula bagi yang membela kucing di rumah?  Pasti korang akan buntu bagaimana nak jaga kucing dan tinggalkan dia bersendirian di rumah kan? Ya lah, raya ni sebelum gaji kan? So faham2 la. Jadi, Dr Nor-Alimah binti Rahman, pegawai veterinar di fakulti perubatan veterinar universiti itu ada memberikan tips buat korang.

Kata doktor ini, anda perlu menyediakan keperluan asas yang mencukupi untuk kucing anda seperti  air bersih, makanan  dan amaun pasir yang cukup untuk si comel ni. Katanya, untuk makanan dan air, pemilik haiwan peliharaan perlu mengukur jumlah makanan kucing sepanjang hari dan memberikan mereka jumlah itu didarabkan dengan bilangan hari. “Kena kira dalam seekor tu makan berapa banyak, contohnya kalau balik kampung 3 hari, kita darabkan dengan 3 hari. Kena invest untuk beli pembuka makanan automatik.”

“Kalau ada satu kucing, sediakan 2 tempat perbuangan najis, kalau ada 2 kucing, sediakan 3 tempat pembuangan najis.” Pada penghujung video, Dr Nor Alimah menasihati pemilik haiwan peliharaan yang akan pulang ke kampung halaman mereka yang tak dapat bawa bersama untuk menghantar ke organisasi kebajikan haiwan berhampiran rumah mereka. “Tuan-tuan dan puan-puan yang nak balik kampung dan tak tahu macam mana nak letak kucing tu semua, kalau tak mampu bawa dia balik, mungkin boleh serahkan dia kepada banyak badan-badan kebajikan yang ada di sekitar rumah.” Klik sini untuk lihat video.

Semoga tips dan panduan ini berguna kepada pembela kucing terutamanya mereka yang baru sahaja ada kucing di rumah. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.