Erma Fatima impikan untuk ambil Rina Nose dalam drama bersiri Mak Cun, rupanya sebab ni dia nak ambik Rina Nose

Pelakon drama bersiri Mak Cun, Erma Fatima mengimpikan untuk menampilkan pelawak, penyanyi dan pengacara dari Indonesia, Rina Nose dalam musim ketujuh siri popular itu. Erma berkata, Rina adalah nama yang disenaraikannya selain pelakon yang pernah bekerjasama dengannya, iaitu Baim Wong. Sepatutnya, kami akan tampilkan Baim Wong. Tapi, buat masa sekarang, kami masih lagi berbincang mengenai jadual kerjanya dan tarikh yang sesuai. Tapi, sebenarnya, saya mahukan Rina Nose untuk terbabit sama dalam musim ketujuh Mak Cun ini. Buat masa sekarang, kami sedang usahakan,” katanya kepada Harian Metro.

Erma berkata, dia jatuh cinta dengan bakat yang ada pada Rina selepas kerap menonton aksi-aksi lucunya di TikTok. Saya sangat sukakan Rina Nose kerana bakatnya yang luar biasa. Saya memang cepat ‘jatuh cinta’ kepada orang yang berbakat seperti Rina. Memang kerap juga saya tonton video-video lucunya di TikTok. Setiap kali menonton, saya macam, ‘Ya Allah, Rina ini memang berbakat sungguh!’.

Kita tak ada orang begitu di Malaysia yang ada pelbagai bakat. Bukan sekadar lawak, menyanyi pun sedap. Erma juga pernah mengarahkan beberapa telefilem khas Mak Cun antaranya, Mak Cun Pi New York, Teater Mak Cun – D’Walei dan Raya Sakan Mak Cun. Drama bersiri Mak Cun musim ketujuh akan memulakan penggambarannya selepas Aidilfitri dengan watak baharu di samping pelbagai konflik.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.