Bukan biasa biasa, Fendy Bakry terus bagi kad atm pada isteri sebagai duit raya

Tular di TikTok baru-baru ini, sebuah video yang memaparkan pelakon Fendy Bakry bersama isteri sedang bermaaf-maafan di pagi Hari Raya. Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan Fendy atau nama sebenarnya, Mohd Affandi Nor Bakri yang memakai pakaian sedondon berwarna biru bersama isteri sedang bersalam-salaman di rumah. Paling menarik perhatian apabila setelah pasangan itu bermaaf-maafan, pelakon drama Mr. Grey tersebut membuka dompetnya lalu menghulurkan kad ATM bank kepada isteri sebagai ganti kepada sampul duit raya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat pasangan itu dan ada juga yang baru mengetahui aktor itu sudah pun berkahwin.

“Wow kad bank terus! Untunglah! Sesetengah orang sampul raya pun belum tentu dapat. Wah! Dapat kad bank, nombor pin jangan lupa bagi tau. Untunglah isteri. Ini duit raya paling tiptop! Yang single dan yang baru tahu Fendy dah kahwin, dah boleh pilih planet lain ya. Baru tahu yang Mr. Grey dah kahwin.” Sekadar info, pelakon berasal dari Perlis ini mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihanya yang dikenali sebagai Ayu pada 30 Ogos 2020 setelah berkawan selama tiga tahun. Klik sini untuk lihat video.

Sumber: Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.