Hidayah mencari pakar perubatan islam, tak sangka rupanya lepas Abam dah takde dia dan ank kena gangguan mistik

Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah memohon orang ramai yang tahu berkaitan pakar perubatan Islam membantunya kerana mengatakan terkena sihir atau ilmu hitam. Hidayah, 32, yang dalam keadaan sugul menerusi perkongsian video di Instagram Allahyarham suaminya, @abam_bocik turut memaklumkan dia dan anak tunggalnya, Hamzah sudah mengalami gangguan itu sejak Abam pergi menghadap illahi.

“Gangguan mistik ini sejak suami Dayah pergi menghadap illahi sampai sekarang. Mohon sesiapa yang dapat membantu Dayah dan Hamzah. Sesiapa boleh membantu boleh menghubungi abang Dayah, Azmir di talian yang diserta,” katanya. Rata-rata warganet yang menulis di ruangan komen mengesyorkan Dayah untuk cuba berubat di Darussyifa milik Allahyarham Datuk Dr Haron Din serta ramai yang memberi kata-kata semangat dan mendoakannya agar terus kuat menghadapi ujian hidup. Tidak kurang juga segelintir warganet yang mengambil peluang berkongsi pengalaman mereka yang pernah terkena sihir.

Bagaimanapun, Hidayah tetap diingatkan agar terus berdoa kepada Allah memohon agar sentiasa dilindungi dan dipermudahkan segala urusan. Hidayah berkahwin dengan Abam pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 3. Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan pergi menghadap illahi di rumahnya di Gombak, Selangor pada 10 Februari 2020 ketika berusia 32 tahun. Kredit:hmetro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.