Raja pop legenda, Datuk Jamal Abdillah, 63, bersyukur apabila isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 27, selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan, di sini, jam 2 petang hari ini. Jamal berkata, bayi perempuan yang juga anak keempatnya bersama Zai Izzati itu dilahirkan dengan berat 2.94 kilogram menerusi operasi mengikut nasihat doktor. Alhamdulillah, isteri selamat melahirkan bayi perempuan yang sihat dan cukup sifatnya pada bulan Ramadan yang mulia ini. isteri dan bayi perempuan kami juga berada dalam keadaan sihat dan baik-baik saja,” katanya kepada Harian Metro
Menurut Jamal, kehadiran bayi keempat yang dinamakan Rahil Laura Salsabila Yamani itu sudah melengkapkan kebahagiaan rumah tangganya bersama Zai Izzati dengan memiliki dua pasang anak lelaki dan perempuan. Sambutan Aidilfitri kami pada tahun ini juga lebih meriah dengan kehadiran anggota baharu dalam keluarga kami. Dengan kelahiran anak keempat ini, sudah lengkap keluarga kami dengan empat pasang anak lelaki dan perempuan. Doktor juga menasihatkan isteri supaya tidak mengandung lagi kerana semua empat anak kami dilahirkan secara pembedahan sebelum ini,” katanya.
Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. Hasil perkongsian hidup itu, mereka sudah memiliki tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani atau Zack, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani kini berusia setahun. Menerusi perkahwinan terdahulunya, Jamal memiliki dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17. kredit harian metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.