Shuhada akui nekad untuk kongsikan berita hamil 10 minggu sebab nak elakkan ftnah

Tindakan isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, ketika dihubungi berkata, apa yang dilakukan itu adalah tindakan matang kerana dia percaya rakyat Malaysia boleh menilai sendiri kronologi dan usia kandungannya. Saya menjalankan tanggungjawab wajib sebagai isteri walaupun hati sedang bersedih dan kecewa tambahan lagi kami tinggal sebumbung lagi ketika itu. Saya membuat perkongsian di media sosial bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan fitnah pada masa akan datang. Malah, saya juga sudah mendapatkan nasihat peguam sebelum mengambil sebarang tindakan,” katanya

Nurul Shuhada berkata, fokusnya ketika ini adalah untuk meneruskan kehidupan walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang bakal mendatang. Apa yang berlaku adalah ujian Allah SWT untuk menjadikan saya lebih kuat. Jika ditanya mengenai perancangan, saya tidak mempunyai jawapan mengenai soalan itu,” katanya kepada Harian Metro. Bercerita lanjut mengenai kehamilan, Nurul Shuhada berkata, dia pengsan ketika melakukan pemeriksaan di hospital semalam kerana keadaan badan yang lemah. Kejaditu membuatkan dia bimbang jika masalah tekanan yang dihadapi akan memberi kesan kepada anak-anak dan orang sekeliling.

Semalam di hospital saya jatuh pengsan. Doktor minta saya berbuka puasa kerana bimbang membahayakan kandungan. Saya termenung serabut, air mata tak henti mengalir. Saya betul-betul takut. Saya tanya pada diri sendiri adakah mampu menghadapi ini. Saya mahu terus kuat untuk anak-anak. Saya mahu melihat anak-anak membesar depan mata,” katanya. Konflik rumah tangga pasangan ini masih belum menemui noktah apabila kes tuntutan pengesahan lafaz cerai dibuat Hafidz terhadap Nurul Shuhada ditangguhkan selepas Aidilftiri. Nurul Shuhada mendakwa Hafidz pernah melafazkan talak kepadanya menerusi WhatsApp selain melalui panggilan telefon pada 22 Januari dan 22 Februari lalu.

Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah dan Umar. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut