Jaguar I Pace ketiga di Malaysia, bukan biasa biasa Dr Say hadiahkan dekat isteri sempena ulangtahun perkahwinan

Sempena hari ulang tahun perkahwinan yang kesembilan dan hari ulang tahun kelahiran isteri tercinta, doktor selebriti, Dr Say Shazril telah menghadiahkan sebuah kereta jenama mewah buat isterinya, Dr Azura. Wow! Menerusi rakaman video yang dikongsikan di Instagram, Dr Say memberitahu dia mahu melakukan kejutan buat Dr Azura. Oleh sebab itu, dia meminta isterinya untuk bersiap lawa-lawa dan keluar bersama. Namun begitu, perancangan untuk membuat kejutan tersebut terbantut apabila Dr Azura sudah menyedarinya. Meskipun kantoi, reaksi gembira dan terharu Dr Azura jelas terpancar di raut wajahnya. Klik sini untuk lihat video.

Bukan itu sahaja, Dr Azura turut terkejut apabila suaminya memilih nombor kenderaan yang sama untuk kereta Jaguar yang baru ini. Cuma bezanya, nombor 44 dan 55 sahaja. Ini kerana, nombor tersebut dipercayai mewakili nama mereka iaitu Say Shazril dan Azura Abas. “Anniversary kami yang ke-9 was 30 Mac baru-baru ni dan birthday bini this coming 30 April. Saya ingat nak surprise kan dia masa anniversary tapi loan lambat approve maka saya surprise kan dia hari ni. Her reaction was priceless, hampir terduduk dibuatnya (ada kat reels). Alhamdulillah bini adalah pemilik Jaguar I-Pace ketiga di Malaysia.

Dalam kesempatan ni i wanna thank you @azuraabas for being my advisor, photographer, videographer, content creator, mother to two little monsters, sentiasa berfikiran wiser & bermulut laser sebab tanpa u, i wouldnt have achieved what i have achieved today. Maka this is for u unny and i hope u love it sebab i love sangat kereta ni. Kenapa UG44? Baru lah “U Go Azura Abas” sebelah2 dengan UG55 “U Go Say Shazril”. Love u so much hun. Last last, moga sayang kereta ni lebih baaanyak daripada Jazz k? Pishang nak ketuk & cat Jaguar ni.

Sumber: Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.