Isteri akan bersalin tak lama lagi, Jamal Abdillah dedah doktor nasihatkan supaya isteri tutup kilang

Penyanyi Datuk Jamal Abdillah memaklumkan cahaya mata keempat bersama isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin yang bakal dilahirkan minggu depan akan menjadi anak bongsu mereka. Menurut laporan Berita Harian, jumlah zuriat itu sudah mencukupi selain isterinya juga dinasihati oleh doktor supaya tidak hamil kerana setiap kelahiran dilakukan secara operasi. “Alhamdulillah, kami sudah ada empat, cukuplah. Doktor pun memberi nasihat dan tidak membenarkan isterinya hamil sebab anak dilahirkan secara operasi termasuk anak keempat ini.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kesihatan bayi perempuan dalam kandungan isteri berada dalam keadaan baik,” kata Raja Pop berusia 63 tahun itu. Jamal berkata, kelahiran anak bongsu terpaksa diawalkan atas saranan doktor yang membuat mempertimbangkan terhadap keadaan bayi dalam kandungan isterinya. “Aidilfitri ini saya sekeluarga akan menyambut bersama cahaya mata baharu dijangka lahir secara operasi pada 14 April ini. “Jika diikutkan, saya mahu tarikh 1 April untuk isteri melahirkannya. Ini kerana sempena ulang tahun perkahwinan ke-6. Tetapi, doktor maklumkan tarikh ini tidak sesuai dan memberikan tarikh 14 April ini,” ujarnya.

Pada masa sama, penyanyi lagu Gadis Melayu itu berkata, dia dan isteri sudah mempunyai nama sesuai untuk bayi mereka selepas menapis dan menerima pandangan daripada peminat. “Tidak dinafikan, banyak nama cadangan nama diberikan menerusi mesej di Instagram (IG) yang jumlahnya beratus juga. Tetapi, saya sudah dapat nama sesuai dan mempunyai makna baik untuk anak. Cuma, nama dipilih ini biarlah saya rahsiakan, buat masa ini. Saya akan umumkan selepas bayi lahir dan sudah ada di depan mata barulah seronok,” kongsinya.

Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 1 April 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani, 1. Jamal turut memiliki dua cahaya mata, Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 17 hasil perkahwinan terdahulu. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.