Rasa macam dipergunakan, tak boleh berdiam akhirnya Jofliam tampil bersuara pasal isu pizza dia

Isu mengenai kontroversi dalam kalangan pempengaruh nampaknya menjadi buah mulut warganet pada hujung minggu lalu. Selain Khairul Aming, pempengaruh, Jofliam juga turut terpalit dengan satu isu mengenai jualan pizza miliknya. Dikatakan dia bersama isteri, Cik Epal kini ada menjual pizza, namun begitu, ia mengundang pelbagai reaksi orang ramai kerana harganya yang agak mahal. Oleh sebab itu, seorang lagi influencer yang dikenali sebagai Jason ada membuat review berkenaan dengan pizza Wagyu tersebut. Dalam video TikTok, Jason membuat review tersebut adalah kerana permintaan orang ramai.

Berdasarkan pemerhatiannya, ramai orang memberikan review baik di media sosial dan ia membuatkan dirinya terpanggil untuk mencuba, bagaimanapun, Jason mengatakan bahawa pizza itu sangat susah untuk mendapat tempahan. “Apa yang menjadi masalah pada pizza ini adalah harganya RM 150, kena order daripada dia, tak ada kedai dan tak ada dalam platform food delivery, jadi saya cuba DM dia selama 3 minggu untuk membuat tempahan, dan cuma ada cara spesifik untuk order, saya kena jadi stalker dan tunggu IG Story setiap malam Khamis dan Jumaat.”

Namun, apa yang susah adalah Jofliam mendakwa dia akan buang posting di Stories miliknya seandainya order sudah penuh, tetapi nak dipendekkan cerita, teman wanitanya berjaya membuat tempahan untuk mendapatkan pizza tersebut. Sekitar 18 Mac, dia sampai ke satu lokasi untuk mengambil tempahan pizza tersebut, selepas menerima tempahannya. Ketika merasai makanan tersebut, secara keseluruhannya pizza tersebut hanya dinilai sebagai ‘boleh tahan’. Oleh itu, Jason menunjukkan satu alternatif lain untuk mendapatkan pizza yang lebih kurang sama dan harganya jauh lebih berpatutan. Klik sini untuk lihat video.

Terpanggil dengan review yang diberikan, Jofliam tampil memberi respon, bagaimanapun ianya sudah dipadamkan. Respon tersebut mengundang kritkan orang ramai kerana Jofliam dikhabarkan marah. Namun begitu, Jofliam ada muat naik perkongsian di IG Story susulan dengan respon yang dia dah padam itu untuk elak fitnah dan ianya tular ke Twitter. Dalam video tersebut, Jofliam mengatakan bahawa dia tak marah dengan review yang diberikan dan akui Pizza yang dia jual itu memang tak sedap.

“Saya sendiri bagi tahu kat orang yang Pizza saya tak sedap pun, jadi bila orang bagi rating dekat saya 2 ke 3 ke saya tak pernah marah pun.” Bagaimanapun, apa yang membuatkan dia bersuara adalah dia rasa dipergunakan kerana dilihat seperti menjatuhkan produk jualannya untuk mempromosikan yang lain. “Yang buatkan saya bersuara tempoh hari, disebabkan saya rasa saya dipergunakan. Maksud dipergunakan itu adalah menggunakan content Pizza saya, beli daripada saya untuk views dalam masa yang sama mempromosikan produk lain.”

Bimbang orang ramai salah faham, Jofliam membuat permohonan maaf secara terbuka dan akui kesilapannya, dia juga meminta agar orang ramai berhenti memfitnah dirinya. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.