SELEPAS lama menyepikan diri, pelakon Natasha Hudson menarik perhatian warganet apabila berkongsi video di TikTok miliknya yang memperlihatkan wajah dan tubuhnya disaluti dengan masker. Apa yang menarik perhatian, Natasha atau Natasha Liana Hudson, 41, memberitahu masker yang digunakan adalah menggunakan tanah liat yang diproses sendiri menjadi bahan kecantikan kulit. “Terus terang memang saya gemar pakai masker setiap hari. Tahu tak clay mask adalah tanah liat? Ada dekat Malaysia ini. “Saya gemar menerokai benda semula jadi dan herba. Cubalah. Ini adalah ramuan semula jadi yang Allah dah tetapkan untuk kita,” katanya. Klik sini untuk lihat video.
Natasha berkongsi perkara itu menerusi video yang dimuat naik di TikTok miliknya. Menerusi video berdurasi 50 saat itu, Natasha turut berkongsi tutorial untuk menghasilkan masker menggunakan tanah liat yang dikutip di dalam sungai. Kata Natasha, di dalam sungai terdapat batu berwarna merah dan kuning yang boleh dijadikan masker walaupun ia tidak selembut tanah liat semula jadi. “Kita uli dia (tanah liat) sampai jadi halus. Kalau korang pergi sungai, senang saja nak cari, Kalau sungai itu bersih, korang akan jumpa lumpur leper-leper macam ini. “Kemudian korang cari batu tajam dan gilingkan sehingga hancur, barulah menjadi,” jelasnya.
Untuk rekod, Natasha dilaporkan sudah berhijrah ke Pulau Langkawi selepas mengikut suaminya, Muhammad Harits Jasmin yang dinikahinya pada 27 Mac 2022. Menerusi perkahwinan terdahulu, Natasha dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Neesa Helen, Naeema Kalila dan Faatimah. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.