Selalu buat live bersama sampai ada yang cakap duduk satu rumah, ini pula penjelasan dari Ubai Mz

Sejak akhir-akhir ini, nama penyanyi, Shila Amzah kerap menjadi sorotan ramai lebih-lebih lagi melibatkan tentang hubungannya dengan influecer, Ubai. Kerap melakukan siaran langsung bersama, ada dakwaan tidak bertanggungjawab mengatakan mereka tinggal serumah. Memetik laporan dari Harian Metro, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut.

Menurut pemuda itu, dia datang ke rumah Shila biasanya bersama rakan-rakan yang lain untuk berbuka atau moreh bersama. Memandangkan Shila pun tinggal seorang diri, kehadiran mereka sedikit sebanyak menceriakan suasana. “Sha (panggilan untuk Shila) duduk seorang diri. Cuma, kadang-kadang saya ajak kawan-kawan untuk berbuka puasa atau moreh di rumahnya. Nak cakap duduk serumah tu jauh sekali. Apatah lagi, mak saya pun kurang sihat, jadi fokus diberikan buat mak saya.

“Boleh dikatakan setiap kali ‘live’ TikTok pasti ada yang mengajukan sama ada kami tinggal serumah. Kami pun dah lali sering kali soalan yang sama saja. Namun kebanyakannya adalah akaun palsu. “Bila Sha ‘live’ seorang pasti orang tanya Ubai mana? Apabila buat bersama orang tanya pula duduk serumah ke? Sha sudah profesional kerana sudah lama berdepan isu sebegini, cuma saya masih baru lagi,” katanya. Ubai mengatakan yang dia masih tinggal bersama keluarga dan ibunya juga kurang sihat. Dia mahu fokus menjaga ibu dan dakwaan dia dan buah hati tinggal serumah adalah tidak tepat.

Ditanya sama ada hubungan dia dan pelantun lagu Memori Tercipta itu serius atau sekadar gimik, dia menyatakan yang mereka benar-benar serius dan berharap orang ramai dapat mendoakan yang baik-baik untuk kebahagian mereka. “Insya-Allah hubungan saya dengan Sha serius. Mungkin ada sinar kebaikan pada bulan Ramadan ini. Doa saja yang baik-baik,” katanya. Menguatkan lagi khabar angin mereka bakal membawa hubungan ke fasa seterusnya adalah perkongsian Shila yang seakan sudah membeli cincin semalam.

Walaupun tidak mendedahkan sebarang perkembangan hubungan mereka, namun seolah-olah bakal ada berita gembira daripada mereka tidak lama lagi. Untuk rekod, Shila Amzah atau nama sebenarnya Nurshahila binti Amir Amzah pernah mendirikan rumah tangga dengan  Haris Idraki  pada tahun 2018. Namun begitu, perkahwinan mereka hanya bertahan 4 tahun sahaja apabila mengambil keputusan untuk berpisah sekitar Februari tahun lalu.

Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.