Haie dan keluarga dirikan Khemah di halaman rumah pusaka datuknya.

Menyedari jarang ada kesempatan untuk berkumpul, pemuda dikenali Haie bersama keluarga dan sanak saudaranya sepakat meraikan Aidilfitri dengan pulang beraya di Kampung Bekor, Manong, di sini. Meskipun bilangan ahli keluarga ramai, mereka tidak menempah inap desa sebaliknya memilih bermalam di dalam khemah yang didirikan di halaman rumah.

Kisah itu mendapat perhatian netizen selepas Haie, 38, memuat naik video di TikTok, kelmarin. Bercerita lanjut, Haie berkata, idea berkhemah di halaman rumah pusaka datuknya itu tercetus hasil perbincangan bersama dalam kumpulan WhatsApp keluarga.

Tahun ini, kami terdiri daripada lapan keluarga sepakat beraya di sini (Kampung Bekor) dengan datang ke rumah arwah datuk. Rumah itu sudah 20 tahun tidak didiami tetapi dijaga dengan baik oleh ibu saudara saya cuma tidak besar. Oleh kerana khuatir rumah itu roboh jika tidur beramai-ramai di dalamnya, kami sekeluarga sepakat bawa khemah dan bermalam di luar,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Haie, itu kali pertama dia sekeluarga dan sanak saudaranya berkhemah di depan rumah kerana sebelum ini mereka akan bermalam di inap desa. Bagaimanapun, Haie mengakui pengalaman itu sangat menyeronokkan walaupun hanya satu malam. Tujuan kami sekeluarga berkumpul di rumah arwah datuk adalah kerana abah, ibu dan bapa saudara saya mahu menggamit kenangan beraya di sini dulu.

Walaupun berkhemah namun kami semua tak tidur sangat kerana banyak bersembang dan main mercun bersama. Memang seronok kerana bukan selalu dapat berkumpul beramai-ramai jadi kami gunakan kesempatan yang ada dengan sebaiknya. Ikutkan, keluarga saya memang kaki ‘camping’ jadi sudah biasa cuma ini kali pertama berkhemah di dalam kampung,” katanya.

Berhubung perkongsiannya di TikTok, Haie berkata, banyak maklum balas positif diterima namun ada juga kecaman. Kebanyakannya positif dan anggap konsep itu (berkhemah) menyeronokkan malah mereka mahu ikut idea yang sama tahun depan.

Di sebalik yang memuji idea itu, ada juga beberapa komen yang mempersoalkan mengapa kami sekeluarga tidak ambil inisiatif membesarkan rumah arwah datuk. Saya terima saja semua komen dengan lapang dada kerana kongsi video berkenaan untuk kenangan saja malah keluarga juga tak tahu saya muat naik ia (video) di TikTok pada awalnya. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.