Nampak makin cantik bila bertudung, Maryam kongsikan kisah yang buatkan dia terbuka hati nak berhijab

PERSONALITI media sosial Maryam You Narae meluahkan rasa syukur apabila menerima hidayah untuk mengenakan hijab dengan kerelaan hatinya sendiri. Berkongsi detik awal penghijrahannya itu, Maryam berkata dia menerima tawaran untuk menjadi model bagi sebuah jenama tudung untuk bulan Ramadan dan daripada situ terdetik hatinya mahu kekal berhijab sepanjang masa. Menerusi segmen Hijrahku, secara eksklusif mStar menemubual Maryam mendengar perjalanan kisah hijrahnya. “Tiba-tiba saya dapat tawaran jadi model tudung untuk bulan Ramadan dan saya berfikir mungkin Ramadan kali ini saya nak cuba bertudung secara tetap.

“Dalam satu hari 20 tudung saya pakai… saya risau sebab dulu tak selesa, panas dan tak sesuai dengan saya. Tapi pada hari tersebut saya cuba pakai 20 tudung pun saya suka dan sangat selesa, jadi selepas itu saya konsisten pakai tudung sampai sekarang,” katanya. Dalam pada itu, Maryam sempat berkongsi cerita pernah diminta menanggalkan tudung bagi menjalani penggambaran sebuah iklan. “Saya dah marah mereka tapi lagi saya marah lagi mereka minta saya tipu warganet, tak bolehlah. Jadi saya memang tolak tawaran mereka dan tak mahu buat apa yang mereka minta selepas itu mereka diam sahaja,” ujarnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.