MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan 19 April sebagai cuti tambahan sekolah sempena Aidilfitri. Katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) memberi cuti tambahan untuk memudahkan urusan guru, murid serta ibu bapa untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Kecoh pasal tarikh hari raya jatuh pada 21 april, sekali ini pula respon dari Masjid Wilayah. Tular di media sosial tentang tarikh Hari Raya Aidilfitri yang dikatakan bakal jatuh sehari awal dari tarikh jangkaan iaitu pada 21 April ini. Satu tangkap layar yang banyak dikongsikan oleh warganet berkenaan tarikh Hari Raya yang berbeza pada tarikh di kalender itu telah mencetuskan pelbagai andaian. Rata-rata mahu bersedia lebih awal jika kejadian seperti tahun lalu berlaku lagi pada Aidilfitri kali ini. “Buatlah persediaan awal, tak perlu nak pening kepala. Setakat masak rendang, serunding, sambal kacang itu boleh dibuat awal kemudian masuk ke dalam peti. Biasa saya dah siapkan awal kerana akan memudahkan kerja saya nanti.”
Saya nasihatkan semua untuk buat persiapan awal, risau tak sempat beli ayam, tak sempat anyam ketupat. Orang nak bersedia sahaja, tak adalah tiba-tiba Hari Raya macam tahun lepas. Susulan itu, menerusi sebuah hantaran di akaun Facebook (FB) Masjid Wilayah Persekutuan memaklumkan bahawa tarikh tersebut adalah sebagai satu kesedaran untuk meningkatkan ibadah para jemaah pada 10 malam terakhir Ramadan. “Tular satu tangkap layar berhubung gambar counting (kiraan) tarikh ‘Akhir Ramadan 1444H 20 April 2023’ di Paparan TV Iklan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh tersebut adalah bagi memberi kesedaran kepada jemaah untuk mengejar 10 malam terakhir di bulan Ramadan supaya dapat meningkatkan ibadah. Pihak Masjid tidak bertanggungjawab menentukan tarikh sebenar 1 Syawal kerana ia adalah di bawah bidang kuasa Penyimpan Mohor Besar Raja Raja. Dalam pada itu, pihak pengurusan masjid tersebut juga menasihati orang ramai untuk tidak beranggapan bahawa tarikh yang dipaparkan adalah suatu ketepatan. Marilah kita terus kekal istiqamah menghidupkan bulan mulia Ramadan dengan amalan soleh bagi meraih ganjaran yang berlipat kali ganda. Sumber: OhBulan.