Ada warganet cakap Syada Amzah terima kifarah sebab pernah kata pada Sharnaaz Ahmad, sekali ini pula respon tuan badan

Baru-baru ini anak kepada penyanyi popular era-8o an, Datuk ND Lala iaitu Syada Amzah menulis satu surat terbuka kepada bapanya. Menurut Syada, dia berbuat demikian susulan kesukaran untuk menghubungi bapanya itu. Bagaimanapun, apa yang jadi perhatian wargamaya adalah komen yang ditinggalkan oleh seorang individu di ruangan balas pada hantaran tersebut. Kata individu berkenaan, situasi yang menimpa keluarga Syada ketika ini merupakan kifarah atau balasan daripada Tuhan disebabkan dia pernah ‘bercakap buruk’ terhadap aktor popular, Sharnaaz Ahmad tidak lama dahulu.

“Syada, itu lah lain kali jangan duk kata dekat Sharnaaz Ahmad sebelum ini. Allah bagi balasan balik dekat keluarga Syada. Hahaha lain kali jangan kata dekat orang lain. Tidak mendiamkan, adik kepada penyanyi popular, Shila Amzah itu dilihat membalas komen berkenaan dengan tenang. Kata Syada atau nama lengkapnya Nusyahada Amir Hamzah, kifarah adalah benar tetapi ujian yang dilalui keluarganya ketika ini tiada kaitan dengan aktor tersebut.

“Saya sama sekali tidak akan menarik balik kata-kata saya atau memohon maaf atas apa yang pernah saya cakap dahulu demi mempertahankan keluarga. Kifarah memang wujud, tetapi kifarah ini bukan disebabkan apa yang pernah saya katakan kepada dia (Sharnaaz). Terdahulu, ibu kepada Syada, Datin Fauziah Sarman mended4hkan wajah seorang wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani dengan meletakkan kapsyen ‘penyondol’ pada satu hantaran di laman Instagram miliknya.

Sementara itu, pada awal minggu lalu, Fauziah hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi kerana difahamkan ingin menfailkan perpisahan terhadap suaminya. Sebelum ini, ND Lala dikaitkan dengan dakwaan kononnya sudah berkahwin satu lagi dengan seorang wanita yang jauh lebih muda daripada Fauziah. Malah, difahamkan, wanita tersebut merupakan rakan kepada Shila sewaktu dibangku sekolah.

Sumber: TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.