Tengah hangat pasal kes Mira, View Chin dedah Mira terpaksa menyembunyikan diri buat sementara waktu

Semenjak kes ketidak setiaan influencer TikTok terkenal, View Chin dibongkarkan oleh bekas isterinya, Shermine Hau, warganet tak henti-henti bercakap mengenal soal itu di media sosial. Selain View Chin, gadis yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan influencer itu, Amirah Aqilah atau dikenali sebagai Mira ini juga mendapat kritikan teruk daripada warganet. Menurut laporan Kosmo, View Chin berkata, Mira kini terpaksa menyembunyikan dirinya buat sementara waktu kerana masih trauma dengan kontroversi yang melanda dirinya.

Malah Mira juga pada masa yang sama dikatakan malu untuk pulang ke kampung halaman menjelang Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh sama ada pada esok atau hari Sabtu ini. Tambah View Chin lagi, impak dari kes viral tersebut, ada ahli keluarga gadis ini dikatakan telah jatuh sakit dan ada juga yang enggan pulang beraya termasuk Mira sendiri. Disebabkan Mira serta keluarganya menerima kritikan yang teruk dari orang ramai, gadis berusia 26 tahun ini memilih untuk berdiam diri buat sementara waktu. “Jadi buat masa ini, Mira terpaksa ‘bersembunyi’ kerana dia masih trauma dengan apa yang berlaku termasuk keluarganya turut terpalit,” kata View Chin.

Terdahulu, View Chin menerusi China Press telah tampil mendedahkan perkara sebenar dan menjawab segala dakwaan yang dibuat oleh bekas isterinya. Influencer ini juga telah mengesahkan yang dia sudah berisah dengan Shermine pada tahun lalu. Sumber: LobakMerah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.