Mungkin takut nak mendekat sebab bekerjaya, Nadia Brian dedah kriteria ini yang dia nak pada lelaki

Aktres, Nadia Brian tidak menolak kemungkinan bahawa tiada mana-mana lelaki yang berani mendekati dirinya disebabkan dia terlalu sibuk dan komited dengan kerjayanya sebagai seorang pelakon dan usahawan. Ketika ditemui, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 31, berkata hal tersebut bukan untuk dijadikan alasan oleh kaum Adam, sebaliknya beruntung kerana aktres itu mampu berdikari dan mencari sumber pendapatan sendiri. “Mungkin lelaki takut mendekati saya kerana lihat saya berkerjaya atau high mantainance. Pada mata mereka saya boleh buat segala perkara, tetapi tidak mengapa, saya bukan sejenis yang hanya berharap kepada lelaki sekiranya ada pasangan nanti.

Mungkin itu persepsi mereka, jangan lah takut atau bagi alasan, sebaliknya beruntung saya tidak akan menyusahkan sesiapa. Ketika ditanya kriteria lelaki yang ingin dijadikan pasangan hidup, pelakon filem EVA itu menjawab calon suami haruslah mempunyai minat tentang perniagaan sama sepertinya selain memiliki sifat penyayang dan kelakar. “Bercakap fasal kriteria, sudah pun dia seorang yang perlu memahami saya ini sebagai bakal isteri dia. Saya bukan hanya seorang pelakon, tetapi seorang usahawan, dia sebagai peneman hidup perlu faham kerjaya saya sangat sibuk. Kalau lebih seronok jika dia ada minat yang sama dengan saya.

Saya mengharapkan lelaki yang minat pada perniagaan supaya sama-sama boleh memberi motivasi dan bimbing dengan misi yang sama. Link kena sama. Selain itu, saya juga minat lelaki yang penyanyang dan kelakar. Dapat lelaki kelakar boleh buat saya gelak dan tidak stress. Untuk rekod, Nadia pernah berkahwin dengan ahli perniagaan yang dikenali sebagai Muizz Nasruddin pada 9 November 2019. Namun usia perkahwinan hanya kekal setahun apabila pasangan ini disahkan berpisah pada April 2020.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.