Kecoh pasal isteri Haqiem Rusli dah tak berhijab, sekali ini pula nasihat dari David Teo

Tidak dapat dinafikan, nama isteri kepada penyanyi, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menjadi bualan hangat ramai sebaik sahaja berkongsi beberapa buah gambar yang dimuat naik di laman Instagramnya yang menunjukkan dirinya sudah tidak bertudung lagi. Perkara tersebut ternyata telah mengejutkan ramai pihak memandangkan sebelum ini Anis dikenali dengan imej berhijab namun, segalanya telah berubah dalam sekelip mata. Tidak terkecuali, penerbit David Teo memberi pandangan mengenai perubahan imej yang ditunjukkan oleh Anis dengan memaklumkan untuk kekal istiqamah adalah bukan satu perkara yang mudah.

“Iman seseorang pastinya berbolak balik. Istiqomah dalam berhijab sememangnya susah namun Tuhan pasti mendengar hati kita,” katanya. Dalam pada itu, penerbit yang berusia 58 tahun itu menyeru kepada semua pihak agar mendoakan yang terbaik buat isteri penyanyi tersebut dan berharap dia kembali ke pangkal jalan. Semoga isteri Haqiem Rusli sentiasa berada di jalanNya dan kita doakan yang terbaik buat pasangan ini,” jelasnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara David Teo memberi nasihat dengan menggunakan bahasa yang positif tanpa mengeluarkan sebarang kata makian atau cacian. Komen warganet:

Bagaimanapun, warganet berharap hati Anis akan kembali untuk berhijab semula dan mereka sentiasa mendoakan yang terbaik dirinya. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.