Ramai yang puji dengan kejayaan ank, ini pula nasihat dari Rita Rudaini untuk anknya

Pelakon Rita Rudaini, dia telah menitipkan kata-kata nasihat khas buat anaknya itu susulan kejayaan yang dikecapi oleh anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh aktres yang berusia 47 tahun itu di laman Instagramnya, dia menyifatkan kejayaan yang dimiliki Ryan sehingga menerima anugerah di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Negeri Sembilan. Jelasnya, ia merupakan satu permulaan sebagai seorang lelaki ketua keluarga malah, perjalanan kehidupan anaknya itu lagi masih jauh.

Bukan itu sahaja, dia berharap agar anaknya tidak melupakan diri dengan kejayaan yang digenggam kerana tidak mahu insan tersayangnya tersalah memilih haluan untuk menjadi seorang insan yang hebat suatu hari nanti. “Permulaan perjalanan seorang lelaki sebagai ketua keluarga dalam hidup kami bertiga…masih jauh perjalanan mu Anak. Baru sedikit kamu menapak, jangan sesekali kamu mendongak tinggi. Ingat pesan mommy, selalu lah melihat kaki mu melangkah…agar tidak tersalah haluan dan tersesat jalan…..terbanglah tinggi dan inilah waktu untuk kamu menyinar, Ryan saya,” titipnya di ruangan kapsyen.

Sekadar info, Rita pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak Johor Darul Takzim iaitu Aidil Zafuan Abd. Radzak pada tahun 2008. Namun begitu, pasangan tersebut telah membuat keputusan untuk berpisah pada tahun 2013 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.