Tak suka orang tahu pasal dia dan orang terdekat, Naufal Azrin mengaku dah ada kekasih

Penyanyi Naufal Azrin mengaku sudah memiliki kekasih namun tidak selesa berkongsi wajah wanita tersebut di media sosial. Memetik laporan mStar, dia tidak menafikan sedang bercinta tetapi tetap mahu menjaga soal kisah peribadinya. Saya sebenarnya tidak suka orang tahu pasal saya dan juga orang terdekat. Banyak hati yang perlu dijaga dan sebab itu saya lebih pentingkan privasi. Namun jika ada ternampak kami jalan bersama, saya tidak akan sorok. Kalau dah terjumpa kami bersama saya akan mengaku sahaja kami kekasih,” katanya.

Sementara itu, Naufal akui teman wanitanya seorang yang cemburu apabila ramai peminat cuba untuk mendekatinya. Namun begitu, wanita itu tidak ada masalah jika Naufal berduet dengan mana-mana penyanyi wanita kerana faham ia merupakan satu tuntutan kerja. Dia tidak ada masalah pun kalau saya berduet atau membuat persembahan dengan penyanyi wanita. Itu tuntutan kerja dan dia sangat memahami. Bagaimanapun kalau ada peminat yang nak rapat, mestilah dia cemburu. Jadi saya akan cuba cari jalan untuk jernihkan keadaan. Saya sentiasa yakinkan dia bahawa saya mampu melakukan yang terbaik untuk hubungan kami,” ujarnya.

Kredit xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut