Nuha rindukan kenangan menyambut Aidilfitri bersama sepupu beliau.

Sedar tak sedar, tahun ini menjadi tahun ketiga buat penyanyi muda, Nuha Bahrin untuk meraikan Aidilfitri dengan status sebagai artis. Memiliki keluarga besar dengan jumlah sepupu mencecah 40 orang, Nuha yang lebih cenderung kepada semangat kekeluargaan berkongsi kenangan Aidilfitri bersama sepupu-sepupunya.

Sambutan Aidilfitri untuk keluarga saya seperti biasa saja. Cumanya, sebab saya adalah ‘family person’, memang sejak kecil lagi saya rapat terutamanya dengan sepupu. Kalau nak tahu, keluarga saya memang sangat besar. Memang sangat ramai dan kami rapat sejak kecil,” katanya.

Walaupun ada dalam kalangan mereka yang sudah berumah tangga, Nuha masih lagi bersemangat untuk membawa kemeriahan itu dalam keluarganya.

Ada dalam kalangan mereka yang sudah berumah tangga dan meraikan Aidilfitri di kampung sebelah pasangan mereka, tapi kemeriahan itu masih lagi dapat dirasakan dan saya nak sangat teruskan dengan kemeriahan sebegini. Disebabkan ini jugalah, saya sendiri mengimpikan untuk memiliki keluarga besar,” katanya.

Berkongsi kenangan Aidilfitri, Nuha bercerita mengenai proses memasak hidangan wajib setiap kali meraikan Aidilfitri. Kalau bercakap mengenai kenangan Aidilfitri, tentunya ada kenangan bermain bunga api dan sebagainya. Tapi, yang lebih melekat di memori saya adalah ketika kami memasak beramai-ramai sebab itu memang menjadi rutin tahunan.

Selalunya, pada Ramadan terakhir, kami akan masak berkawah-kawah daging dendeng. Jadi, kalau ada yang tak tahu, daging dendeng perlu ditumbuk. Yang menariknya, kami menumbuk mengikut giliran sebab memang ia akan memakan masa panjang. Selain itu, satu kegembiraan apabila dapat meluangkan masa dan mendengar celoteh makcik-makcik di dapur saat menyediakan juadah.

Ada ketikanya, mereka akan pasang karaoke dan sayalah yang akan menyanyi,” katanya. Tidak hanya itu, Nuha turut berkongsi mengenai telatah lucu dia dan sepupunya yang ‘rasa bersalah’ selepas makan terlalu banyak hari raya pertama.

Selain itu, satu lagi kenangan yang tak dapat saya lupakan adalah apabila kami akan joging pada hari raya kedua kerana masing-masing rasa bersalah selepas makan banyak pada hari raya pertama. Kebetulan, rumah nenek saya terletak di kawasan bukit di Kuala Kangsar, Perak. Jadi, rasa macam memanjat pun ada. Tapi, kalau nak kurus, tak berkesan sangat pun sebab selepas itu, kami akan pergi makan.

Itu kalau di Perak. Kalau di Terengganu pun, seronok juga sebab makanan di sana memang sangat menyelerakan. Tapi, disebabkan jarak yang jauh antara kedua-dua kampung, saya dan keluarga perlu memilih dan mengikut giliran,” katanya. Berbicara mengenai karier seninya, Nuha dan rakan duetnya, Naufal Azrin bakal muncul dengan single duet terbaharu mereka selepas setahun.

Saya dan Naufal juga kini sedang memberi tumpuan kepada single baharu kami sebab agak lama juga kami tak keluarkan single. Kali terakhir, kami keluarkan lagu Jika, tapi itu adalah projek khas yang mana kami menyanyikan semula lagu popular Melly Goeslaw dan Ari Lasso itu dengan nafas baharu.

Konsepnya masih sama seperti Casablanca sebab itu sudah menjadi ‘forte’ kami dan kami pun inginkan kesinambungan kepada single duet pertama kami itu. Jadi, akan ada elemen Timur Tengah dalam muzik kami,” katanya. Dalam tahun ini juga, Nuha bakal muncul dengan single solonya sendiri dan akan memberi tumpuan untuk terjun ke dalam dunia perniagaan. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.