Video terbaru jadi perhatian warganet, ramai yang ingat Pak Nil hanya boleh jadi pengacara je rupanya menyanyi pun boleh

Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil jadi perhatian warganet selepas mengimbas kembali zaman 90-an ketika melancarkan album pertamanya. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Pak Nil memuat naik kembali persembahan nyanyian ketika mempromosikan album pertama di pentas rancangan carta mingguan terbitan TV3, Muzik-Muzik. Video ni masa promosi album pertama Paknil dengan Pony Canyon 30 tahun lalu! Pertama kali artis Malaysia nyanyi pakai baju tidur dan kaki ayam atas pentas,” tulis Pak Nil. Di ruangan komen, rata-rata warga maya memuji Pak Nil yang serba boleh dalam semua faktor malah ada yang berpendapat pengacara ini mempunyai rupa yang menawan semasa muda. Klik sini untuk lihat video.

Komen Warganet:

Hensem Pak Nil pada zaman dulu. Rasanyalah Pak Nil boleh buat style ini lah Pak Nil. Dah macam artis BTS Jimin. Pak Nil hebat! Serba boleh. Saya kenal Pak Nil sebagai pengacara je, rupanya serba serbi boleh,” ujar warganet. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.