Pergi New York dapat ilham untuk tulis lagu baru, ini pula luahan dariJoe Flizzow

PERCUTIAN ke New York, Amerika Syarikat sebelum ini bukan sekadar menikmati kesibukan kota metropolitan itu tetapi turut memberi ilham kepada penyanyi rap Joe Flizzow menulis lagu terbaharunya, Sunyi. Joe atau Johan Ishak, 43, berkata, New York cukup terkenal sebagai sebuah bandar raya yang cukup sibuk namun ia dirasakan sunyi sehingga tercetusnya lirik lagu berkenaan. “Waktu itu, ilham datang ketika saya menginap di Times Square di pusat kota New York. Biasanya kalau ke sana saya tidak akan menetap di situ sebab ia adalah salah satu lokasi paling sibuk di dunia. “Namun di sebalik itu, saya tiba-tiba rasa paling sepi dan sunyi sepanjang hidup saya apatah lagi berada jauh dari tempat asal.

“Detik itu benar-benar mencetuskan ilham yang membawa kepada penciptaan lagu ini,” katanya menerusi kenyataannya. Dalam pada itu, Joe berkata, lagu berkenaan turut mendapat sentuhan penyanyi rap SonaOne turut ditujukan kepada rakan selebriti yang terasa sunyi ketika nama mereka sedang berada di puncak kejayaan. Jelas Joe, ramai menyangka populariti adalah objektif utama seorang artis namun di sebalik itu ramai tidak mengetahui cabaran dan rintangan yang perlu dilalui bagi mengecap kejayaan sehingga ramai terperangkap dengan rasa sunyi.

“Seperti judulnya, Sunyi yang juga boleh membawa maksud kesepian atau sendiri menjelaskan rasa kesunyian yang dihadapi oleh ramai orang. Saya percaya ramai orang mampu merasai lagu ini, khasnya para selebriti. “Ramai yang menyangka bahawa kemasyhuran dan populariti merupakan tujuan utama para selebriti, tetapi ramai juga yang lupa bahawa kadangkala mereka juga berasa kesunyian. Apatah lagi tika berada di puncak kerjaya malah sunyi juga menggambarkan kesepian. Definisi-definisi inilah yang memberi makna kepada lagu ini,” kongsinya. Lebih unik lagi apabila lagu ini turut menyaksikan Joe lebih banyak menyanyi berbanding mengalunkan rap seperti kebiasaan bintang hip hop itu sebelum ini.

Berkongsi lebih lanjut, Joe berkata lagu Sunyi ini juga ditujukan buat bapanya Ishak Nengah yang pergi menghadap illahi semasa bintang Hip Hop itu menaikkan nama Malaysia di persada dunia. “Pelbagai pengorbanan terpaksa dilakukan. Mereka (komuniti Hip Hop) kehilangan ramai orang, termasuk ayah saya sendiri Allahyarham Ishak Nengah. Jadi ini merupakan satu dedikasi buat beliau juga. Saya harap lagu ini mampu mengingatkan semua orang bahawa anda tidak sendirian, dan tiada salahnya jika kadang kita tidak okay.

“Kita berhak untuk berasa sedih dalam menghadapi liku-liku hidup dan semoga lagu ini mampu menjadi teman saat kesunyian. Ingatlah bahawa, akan sentiasa ada sinar di hujung kegelapan, Insya Allah,” kongsinya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.