KONTROVERSI rumah tangga pasangan personaliti media sosial iaitu Shermine Hau Ah Moi dan View Chin hangat diperkatakan ketika ini di media sosial. Kata Shermine atau nama sebenarnya Hau Shi Ni, 32, dia ada berusaha untuk menjernihkan hubungan mereka dengan meletakkan syarat View Chin perlu memecat wanita berkenaan, namun permintaannya itu tidak diendahkan. “Dia ada hubungi saya dan kata nak jumpa anak-anak. “Kemudian saya minta dia jaga kami baik-baik, selepas itu apa yang saya minta… pecat itu orang (staf berkenaan), jadi dia kena buatlah.
“Saya dah bagi syarat saya tetapi dia masih tak layan,” katanya. Sebelum ini, kecoh di media sosial Shermine memuat naik pelbagai bukti mesej, gambar dan video yang mendakwa View Chin tak setia dengan seorang wanita yang merupakan pekerjanya. Shermine menerima sokongan padu warganet atas pendedahan itu, manakala View Chin dan wanita tersebut terus dihujani dengan pelbagai kritikan.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.