Ada mertua yang pandang rendah dekat menantu sebab masak ikut resepi Che Nom, tak boleh berdiam ni respon tuan badan

Seorang menantu pastinya seboleh-boleh ingin menambat hati mentua dengan ikhlas selain mengekalkan kasih sayang dalam keluarga. Pun begitu, baru-baru ini perkongsian daripada YouTuber terkenal tempatan yang banyak membantu di dapur iaitu Che Nom membuatkan warganet terkedu. Che Nom dikenali dengan resepinya yang tepat serta mudah diikuti terutama sekali buat mereka yang masih baru dalam masakan dan setakat artikel ini ditulis beliau telah pun mempunyai 1.9 juta subscribers di YouTube. Menerusi Facebook miliknya, Che Nom berkongsi ada seorang ibu mentua yang meninggalkan komen di salah satu videonya dan menyatakan dia seorang yang tidak pandai memasak namun masih dihargai suami.

Pun begitu, dalam komen tersebut, individu berkenaan berkata menantunya pula sangat rajin dan pandai memasak namun dia hampa apabila mengetahui menantunya itu menggunakan resepi Che Nom. “Semua orang boleh ajar memasak, dan semua orang boleh belajar memasak. Cuma yang bezanya, sejauh mana ikhlas kita… Saya orang yang malas memasak, tak minat langsung memasak. Alhamdulillah dapat suami baik tak pernah complain walaupun tak sedap.

Tapi saya dapat menantu pandai masak, melangit saya puji menantu pada saudara mara, tau-tau dia masak ikut resepi Che Nom selama ni, hmmm…”, tulis komen tersebut. Kedengaran seperti individu berkenaan hampa dengan menantunya dan Che Nom membalas komen tersebut dengan mengajar maksud kesungguhan. “Ikuti resepi Che Nom pun belum tentu sedap kalau menantu puan tiada kesungguhan nak belajar memasak. Apatah lagi untuk ibu mertua, hargailah menantu yang baik. Che Nom rasa puan juga seorang ibu mertua yang baik,” balas Che Nom. Selain itu, Che Nom menerusi kapsyen posting tersebut turut mengingatkan semua orang boleh memasak dan apa yang paling penting ialah keikhlasan.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.