Tengah hangat pasal isu orang ketiga dalam rumahtangga, sekali ini pula pesanan dari Prof Dr Muhaya

Sejak kebelakangan ini, isu ‘sondol-menyondol’ suami orang tidak kiralah berlatarbelakangkan mana-mana agama semakin membimbangkan dan boleh diibaratkan seperti sebuah penularan penyakit berjangkit. Meskipun sudah ramai tampil bersuara dan menjelaskan mengenai hukum seseorang individu hadir meruntuhkan rumah tangga yang dibina, namun ia seolah-olah seperti tin kosong. Ini termasuklah seorang pakar motivasi terkenal dan pakar mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad tampil memberi sedikit pesanan kepada wanita diluar sana sekiranya mempunyai niat untuk merampas kebahagiaan pasangan lain.

“Yang pertama, setiap apa yang awak buat tidak baik, dia akan datang pada awak. Maknanya, kita buat tak baik, kita akan dapat tak baik sebab kita ada (niat) tak baik. “Bila kita suka buat benda yang tak baik, maka kita tahu benda tak baik akan datang,”ujarnya. Tambah beliau, individu berkenaan turut akan terluka sekiranya dia berbuat demikian selain tidak akan hidup bahagia. “Kedua, setiap kali kita memilih untuk melukakan orang lain, maka kita juga akan terluka.

“Ketiga, kita tidak akan boleh bahagia di atas kesusahan atau derita orang lain,”ujarnya lagi. Dikesempatan itu, beliau menyeru kepada para wanita diluar sana untuk tidak ‘menyondol’ suami orang dengan menggunakan kecantikan diri atau apa-apa sahaja tindakan yang dilakukan bagi meruntuhkan masjid yang dibina oleh pasangan. Ini kerana kita juga akan merasa kesakitan yang dialami oleh wanita tersebut pada masa akan datang.

Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.