Puteri Sarah Liyana tidak menganggap tuntutan yang dibuat terhadap suaminya, Syamsul Yusof untuk proses perpisahan mereka sebagai keterlaluan. Puteri Sarah, 38, ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, berkata, dia juga mengambil kira pendapat serta nasihat daripada ibu bapa kandung dan ibu bapa mentuanya. Mengenai tuntutan, saya sudah berbincang dengan kedua-dua mentua saya dan mereka juga tidak menolak bahawa jumlah itu sedikit. Okay saja, tak ada masalah. Kalau apa-apa, saya akan berbincang dengan mereka dan juga ibu bapa kandung saya. Mereka pun beritahu perkara sama bahawa ia hanya sedikit,” katanya.
Menantu kepada Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail itu mendakwa hanya meminta jumlah yang munasabah dan memberi ruang kepada Syamsul untuk membayar secara ansuran. Saya tak mahu meminta lebih. Saya cuma minta sekadar yang saya rasakan munasabah dan saya tak minta dia bayar sekali gus pun, sebaliknya secara ansuran,” katanya. Menurut Puteri Sarah, dia akan terus berjuang untuk menuntut hak buat kedua-dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah. Dia pernah berkata, kalau ada rezeki, dia nak bagi rumah sebab rumah itu mestilah dia kena bagi untuk saya dan anak-anak. Tapi, itu pun tiba-tiba dia tak mahu bagi. Seperti yang pernah saya katakan, kalau nak pergi kepada isteri kedua, pergilah. Tapi, nafkah anak jangan dikurangkan,” katanya.
Terdahulu, puteri sarah membanta tindakan suaminya yang menuntut mengurangi nafkah danak-anaknya serta mutaah dan enggan menarik kes yang difailkan terhadap Ira Kazar. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.