Sejak kebelakangan ini, gelagat pelakon Rita Nadira dan penyanyi Chubb-E seperti pasangan sedang bercinta membuatkan ramai mendakwa mereka menjalinkan hubungan istimewa. Malah, mereka juga terbuka memuat naik video romantis di aplikasi Tik Tok. Namun jelas Rita, keakraban mereka hanyalah sekadar dua orang sahabat. Menjawab mengenai video yang didakwa saling berpegang tangan di TikTok, Rita berkata, ia tidak lebih dari bahasa tubuh dari dua orang sahabat.
Kalau mahu diikutkan dalam video yang kami muat naik di TikTok itu, tidaklah kami berpegang tangan, cuma lengan kami bersilang seperti kawan baik. Kalau ada orang fikir, kami pegang tangan, pegang tanganlah. Tapi ibu saya pun tahu saya berkawan dengan dia, saya juga selalu bercakap dengan emak dia. Jadi memang kami rapat. Saya dan Chubb-E memang berkawan saja, kami tiada apa-apa tapi kami rapat seperti kawan baik. Permulaan perkenalan kami sebenarnya adalah Chubb-E ini seorang yang pemalu, manakala saya macam masuk air seperti mana yang dia lihat di TikTok. Jadi dia bertanya bagaimana saya boleh bersikap lebih terbuka,” kata Rita.
Mengulas bibit perkenalan Rita dan Chubb-E mereka berdua mula berkenalan selepas bertemu di program Ceria Popstar sekitar 2019. Sementara itu, Rita menjelaskan tidak mencari teman lelaki buat masa ini, kerana mahu memberi fokus pada kerjayanya. Jujurnya sekarang ini saya tiada teman istimewa dan buat masa sekarang ini saya tidak fokus pun untuk ada teman istimewa. Saya katakan tidak pada semua orang yang cuba mendekati saya. Mungkin salah satu sebab pesan ibu saya untuk fokus pada karier sebab sebelum ini saya pernah ada teman lelaki tapi hubungan itu emak saya tidak restu, maka ia tak menjadi.
Jadi lebih baik saya ikut kata emak saya untuk berkawan saja. Saya pun selesa sebab saya boleh fokus bekerja. Banyak komitmen saya kena buat. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.