Pempengaruh juga penyanyi Ryan Bakery, 28, sentiasa memberi semangat kepada isterinya Elyia Ibrahim agar tidak tertekan berfikir mengenai soal cahaya mata. Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery berkata dia sendiri sentiasa positif terutama memikirkan ada orang lain menunggu lama dapat anak.
Saya okay saja. Sebab saya beranggapan ada orang lain lima tahun tak ada cahaya mata, ada yang sembilan tahun kahwin baru ada. Itu yang menguatkan semangat juga. Terfikirkan orang lain pun sama macam kita kan. Jadi, saya selalu pesan kepada isteri jangan cepat ‘down’,” katanya.
Namun begitu, penyanyi lagu Raya Last Minit terbabit mengakui soalan berkenaan cahaya mata pasti memberikan tekanan buat isterinya secara tidak langsung. Sebab bila orang tanya-tanya sudah ada ‘isi’ tak, satu tekanan buat isteri saya. Saya selalu bagi semangat kat dialah, ada orang lain macam saya cakap itulah,” katanya.
Bagaimanapun, Ryan berharap impian menimang anak untuk mereka jadi kenyataan juga suatu hari nanti tidak kira cepat atau lambat. Itulah belum ada rezeki lagi. Tapi itulah, saya harap, kamu-kamu semua dapat doakan. Siapa saja tak nak cahaya mata kan? Kami usaha untuk mendapatkan,” katanya.
Ryan dan Elyia bernikah pada 1 Oktober tahun lalu selepas lima bulan bertunang. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.