Elly Mazlein kongsi keterujaan menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung mentuanya 

Pelakon dan pengacara Elly Mazlein berkongsi keterujaan menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung mentuanya yang terletak di Kelantan.  Menurut Elly atau mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom, dia akan berada di Kelantan sehingga raya kelima dan kemudian baru akan pulang ke kampung halamannya di Perak.

Tahun ini, saya dan keluarga balik kampung belah suami di Kelantan. Ikutkan memang setiap tahun kami akan beraya di sana dulu. Sebabkan ada anak kecil, jadi kami balik naik kapal terbang.  Insya-Allah kami akan beraya dekat sehingga raya kelima. Lepas itu, balik ke Kuala Lumpur untuk sambung perjalanan pulang ke kampung di Perak pula,” katanya Elly.

Kongsi Elly lagi, dia seronok dapat meraikan Aidilfitri dengan suasana kampung dan tak sabar untuk masak rendang istimewanya sebagai juadah raya. Beraya di kampung ini seronok sebab suasana dia. Lepas itu ada rewang masak beramai-ramai lagi. Tahun lepas sebab raya mengejut, saya tak sempat masak… keluarga yang masak. 

Jadi, tahun ini saya balik awal ke kampung bagi mengelakkan sebarang masalah dan sebagainya. Saya masak rendang Kak Lina yang istimewa.  Lebih menarik, peminat tidak meminta bergambar kerana memberi ruang buat saya dan keluarga beraya dulu,” katanya.

Untuk rekod, Elly mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki yang diberi nama Haider Mateen yang lahir pada Oktober 2021. 

Hasil perkahwinan terdahulu, Elly dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia enam tahun. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.