IMPIANÂ penyanyi Tom menimang cahaya mata bersama suami iaitu Fuad Rahman tidak kesampaian apabila memberitahu mengalami keggran pada Selasa lalu. Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 37, berkata, keggrn itu berlaku ketika kandungannya mencecah usia tiga minggu. “Saya baru lepas kehilangan dua hari lepas. Kandungan pun baru masuk tiga minggu. “Ia masih baru lagi dan senang nak ‘jatuh’ dan saya pula jenis seorang yang aktif,” katanya. Tom berkongsi mengenai perkara itu ketika hadir di majlis Astro Raya Screening 2023 yang berlangsung di Petaling Jaya pada Khamis.
Dalam pada itu, Tom memberitahu telah membuat beberapa persiapan untuk berkongsi khabar gembira itu bersama peminat namun tidak kesampaian. “Masa dapat tahu sedang hamil, saya dan suami ada buat video nak kongsikan kepada peminat tapi tiba-tiba saya mengalami pndrhan. Apabila saya buat pemeriksaan, doktor kata saya mengalami keggran. “Tidak mengapa, tiada rezeki. Insya Allah selepas ini kami rancang betul-betul dan jika ada rezeki kami terima,” jelasnya.Untuk rekod, Tom dan Fuad mendirikan rumah tangga pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.
Pasangan ini sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar tahun 2005 namun ikatan itu terputus pada 2010 apabila Fuad ditahan oihak polis Singapura dan dijatuhkan hukuman ditahan akibat penyalahgunaan bahan terlarang. Hubungan mereka kembali bertaut selepas sama-sama terlibat dalam program Gegar Vaganza musim ke sembilan (GV9) tahun lalu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.