Akui tak ada masalah peribadi dengan Datuk A Aida, Amelia Henderson akan failkan rayuan dia mahkamah

PELAKON Amelia Henderson masih belum mengalah dengan keputusan Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur yang memerintahkan dia membayar RM213,000 kepada penerbit Datuk A. Aida kerana melanggar kontrak pembabitannya dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali. Amelia atau Amelia Thripura Henderson, 28, sebaliknya berkata, dia akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi dan menganggap kes tersebut akan berterusan selepas ini.”Saya hormati keputusan dibuat mahkamah (Sesyen) pada hari ini. Saya datang pun tanpa sebarang harapan.”Tapi apa-apa pun saya bangga dengan diri sendiri kerana yakin apa yang saya lakukan adalah perkara betul dan perasaan itu juga memberi kekuatan untuk saya failkan rayuan.

“Saya rasa kes ini masih berterusan dan kita nantikan sahaja,” katanya kepada pemberita. Hakim Zulqarnain Hassan dalam keputusannya turut mengarahkan Amelia memohon maaf serta memadam semua video yang mengandungi kenyataan fitnah terhadap A. Aida seperti dimuat naiknya sebelum ini. Bayaran tersebut meliputi bayaran pendahuluan diterima Amelia sebelum penggambaran, ganti rugi am fitnah serta kos penggambaran drama Sekali Lagi Cinta Kembali sebanyak RM101,325. Peguam mewakili Amelia iaitu Wan Norliana Abdul Rahman berkata, rayuan itu dibuat berdasarkan keputusan keseluruhan mahkamah dan akan memfailkan rayuan secepat mungkin.

“Rayuan kepada Mahkamah Tinggi untuk keputusan keseluruhan hari ini. Secepat mungkin (akan failkan), kami sedang tunggu penghakiman perintah daripada pihak plaintif terlebih dahulu. “Rayuan bukan bersifat kita boleh terus tangguh,” jelasnya. Sementara itu, Amelia menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dengan A. Aida malah menyifatkan bekerja di bawah penerbit itu pengalaman indah sepanjang kariernya. “Pengalaman saya bekerja dengan A. Aida sangat best. Saya tak ada satu patah perkataan negatif nak cakap fasal dia. “Saya harap semua orang faham ini adalah percanggahan pendapat profesional. Saya hormati semua orang dalam industri dan pengalaman bekerja dengannya sangat menyeronokkan,” ujarnya.

Tambah Amelia, dia juga bersyukur dan terharu apabila seluruh ahli keluarganya turut hadir di mahkamah bagi memberi sokongan terhadapnya. Sebelum ini, A. Aida mengambil keputusan mengemukakan saman terhadap Amelia dan seorang lagi pelakon drama tersebut, Idris Khan kerana menarik diri pada saat akhir daripada drama berkenaan. Bagaimanapun saman terhadap Idris digugurkan selepas pelakon itu bersetuju menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah dalam perbicaraan yang berlangsung pada 1 November tahun lalu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.