Tengah hangat pasal org ketiga, Shermine beri peringatan pada orang lain supaya berhati hati dengan kehadiran penyondol

Bekas isteri TikTokers popular View Chin, Shermine Ah Moi memberi peringatan kepada usahawan dan pempengaruh agar sentiasa berjaga-jaga dengan kehadiran ‘penyondol’. Menerusi sebuah hantaran di Instagram (IG) miliknya, Shermine memberi peringatan tersebut kerana rata-rata usahawan dan pempengaruh memiliki kekayaan yang pastinya menjadi perhatian orang ketiga dalam rumah tangga.

“Usahawan dan influencer yang terkenal di luar sana, jaga-jaga dengan perangai masing-masing. Ada duit, ada penyondol saja.” Dalam pada itu, dia yang mesra dipanggil Ah Moi turut mempertahankan tindakannya mendedahkan tentang ketidak setiaan suami adalah demi kepentingan anak-anak. “Mungkin kebanyakan lelaki rasa Ah Moi viral macam ini memang suatu tindakan yang tak masuk akal. Tapi janganlah cabar seorang ibu, demi anak-anaknya.” Kecoh di media sosial minggu lalu, apabila Shermine memuat naik beberapa bukti foto dan perbualan mesra View Chin di WhatsApp bersama seorang wanita iaitu pekerja mereka sendiri yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dibelakangnya.

Rentetan itu, wanita yang dikaitkan dengan View Chin, Amira tampil menjelaskan bahawa hubungan dengan majikannya terjalin setelah lelaki itu bercerai dengan Shermine. Dalam masa yang sama dia juga memohon maaf atas semua yang terjadi. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.