Setelah sekian lama akhirnya Shila Amzah terima lamaran daripada Ubai Mz

Penyanyi Shila Amzah memberitahu bahawa dirinya telah menerima lamaran daripada kekasih, Ubai Mz. Menerusi perkongsiannya di TikTok, mereka berdua berada di kedai barang kemas untuk mengambil cincin lamaran yang dibeli Ubai. Today is the day when kita orang ambil cincin kita. No, cincin I je. Thank you sayang,” ujar Shila. Sama-sama. Datang lagi. Tinggal rama-rama je keluar,” balas Ubai sambil menunjukkan dompetnya. Dipercayai, cincin tersebut adalah cincin Ubai melamar Shila untuk menjadi pasangan hidupnya. “I said yes. Terima kasih buat semua yang doakan baik-baik,” tulisnya di kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan. Tahniah buat kedua-duanya. Moga bahagia hingga akhir. Alhamdulillah. Hepi for you dear. Alhamdulillah tahniah Sha dan Ubai. Semoga dipermudahkan segala urusan korang ya,” komen warganet. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.