Tular pasal Shukri Yahya beli Land Rover Defender, sekali bila tengok harga terbeliak biji mata

Baru-baru ini, tular video di laman sosial yang memaparkan seorang pelakon terkenal, Shukri Yahaya bersama isterinya, Tya Adnan membeli sebuah kereta Land Rover Defender telah berjaya meraih perhatian warganet.Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @Jamil Fiqry di laman TikToknya, dia telah berkongsi rakaman terbabit yang dipercayai di kedai kereta Autocity Juru, Pulau Pinang. Kelihatan aktor yang berusia 34 tahun itu sedang meninjau kereta mewah yang bernilai lingkungan harga RM898,800 hingga RM1.16 juta tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi ramai.

Dakwaan Shukri membeli kereta tersebut bertambah kuat apabila menerusi perkongsian yang dimuat naik olehnya di IG story, dia sedang memandu Land Rover Defender hasil daripada hantaran isterinya. Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan kata-kata syukur serta ucapan tahniah kepada Shukri kerana telah berjaya membeli aset baharunya hasil daripada kerja kerasnya selama ini sebagai penggiat seni dalam dunia hiburan. Malah, ramai memuji sikap Shukri Yahaya yang merendah diri memandangkan dia sering dianggap selebriti yang tidak menunjuk dengan aset yang dimilikinya.

Komen Warganet:

Bagaimanapun, selain hantaran yang dikongsikan di IG story, sehingga kini Shukri Yahaya masih belum membuat apa-apa perkembangan atau pengumuman mengenai perkara tersebut. Sumber: TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.