Impian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bekerjasama dengan komposer terkenal Indonesia, Andi Rianto menerusi lagu Menjaga Cintamu tercapai sekaligus berasa teruja apabila dapat menyanyikan lagu runut bunyi (OST) bagi filem Anwar: The Untold Story. Menurut Siti, dia sudah lama menunggu untuk bekerjasama dan menyanyikan lagu ciptaan Andi sekaligus menganggap peluang yang diberikan ini sangat bermakna buat dirinya.
Saya berterima kasih kepada Penerbit Eksekutif, Zukiflee Anwar Haque atau Zunar dan pengarah dari Indonesia, Viva Westi kerana memberikan kepercayaan kepada saya menyanyikan lagu Menjaga Cintamu. Sejujurnya, saya sudah lama menyimpan hasrat bekerjasama dan menyanyikan lagu ciptaan Andi. Jadi, peluang ini bagaikan pucuk dicita ulam mendatang dan sangat bermakna. Saya jarang menolak menyanyikan lagu OST. Apabila wakil penerbit datang berbincang dengan pengurusan, mereka menawarkan saya untuk menyanyikan lagu ini danperbincangan juga berjalan dengan lancar,” katanya.
Walaupun sekadar menyanyikan lagu, namun dia mengaku karya ini menggambarkan tentang pengorbanan dan kesetiaan seorang isteri yang ditunjukkan oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Saya terima tawaran menyanyikan lagu Menjaga Cintamu kerana yakin dengan kekuatan lagu ini. Ia bukan hanya gambaran kesetiaan Dr Wan Azizah, tetapi secara amnya, untuk wanita yang setia mencintai pasangan.
Saya amat tertarik dengan mesej dalam lagu ini. Saya faham lirik lagu Menjaga Cintamu ini lebih kepada pengorbanan seorang isteri dan cinta yang tiada tolok bandingan,” jelasnya. Dalam pada itu, Siti juga mengaku turut berdepan cabaran ketika menyanyikan lagu OST ini memandangkan keadaannya yang baru sahaja pulih dari Covid-19. Ia satu pengalaman baru dan saya akui gementar kerana pertama kali bekerja bersama Andi dan menyanyikan pula lagu ciptaan dari komposer hebat sepertinya. Saya juga berdepan dengan cabaran untuk nyanyi lagu Menjaga Cintamu kerana suara saya masih dalam proses pemulihan akibat kesan dijangkiti Covid-19.
Saya bersyukur sering menyanyikan lagu-lagu komposer Indonesia. Jadi, sedikit sebanyak saya sudah memahami cara mereka bekerja. Apabila menyampaikan lagu, mereka memberi tunjuk ajar dan pastinya mahu yang terbaik, begitu juga Andi. Saya merakamkan lagu Menjaga Cintamu selama sejam. Andi terkejut kerana biasanya proses rakaman membabitkan selama dua jam atau lebih. Namun, lagu Menjaga Cintamu memang mudah menyerap dalam hati, jadi saya dapat menyanyikan dalam tempoh singkat,” ujarnya. Filem Anwar: The Untold Story mengangkat kisah ranjau politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjengah pawagam seluruh tanah air pada Mei depan.
Filem membabitkan kos sebanyak RM10 juta itu mengetengahkan kisah benar berlaku dalam sebahagian hidup Anwar ketika mula menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 1991 hingga dipecat pada 1998. Filem Anwar: The Untold Story menampilkan pelakon Malaysia dan Indonesia seperti Farid Kamil, Hasnul Rahmat dibantu pelakon Indonesia seperti Acha Septriasa, Saskia Chadwick, Dewi Irawan, Piet Pagau, Felice Lovely Hidayat dan Azzahra Annasera dan ramai lagi.
Selain Malaysia, filem terbitan Bianglala Entertainment itu turut menjalani penggambaran di Indonesia. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.