Antara pelajar yang paling malas belajar, Sweet Qismina kongsikan 3 memori masa dekat sekolah dulu

Pelakon dan juga penyanyi popular, Sweet Qismina yang mengimbas kembali memori di bangku sekolah dahulu. Fuh! Kalau anda nak tahu Sweet dulu seorang pelajar di SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur tau! Bukan biasa-biasa okey! Jom kita throwback balik momen-momen Sweet dulu. Katanya dulu dia suka tidur dalam kelas.. betul ke? Pelajar Paling Malas? Saya rasa saya antara pelajar yang paling malas belajar sebab sekolah tu macam sekolah berprestij sebab semua pelajar di situ macam ulat buku.

Antara malas saya bila homework tak siap, cikgu suruh duduk luar kelas jadi saya okey saja. Cikgu tengah ajar pun I tidur saja, I have no problem,” seloroh Sweet. Seronok Dapat Kawan Baru! Momen kedua adalah saya masih ingat bila International Understanding Day (IU Day), kalau IU Day je kami akan pergi karnival setiap sekolah yang ada di KL. Ramai kawan saya yang wakil untuk sertai dan kena buat persembahan semua, jadi seronok la bila dapat kenalan dari sekolah-sekolah lain,” kongsi Sweet. Awkward Bila Sekolah Campur!

Dulu sekolah rendah saya semua perempuan, dan kemudian sekolah menengah sekolah campur. Bila sekolah menengah ni malu sikit, tiba-tiba saya tak banyak main sukan sebab malu bila lelaki tengok. Awkward sikit la, bila sekolah campur baru tahu kisah cinta pelajar yang bercinta dengan kawan baik kita sendiri, so ia kenangan la bagi saya bila dah habis sekolah teringat balik,” jelasnya teruja. Haa macam mana momen-momen Sweet time sekolah dulu? Nakal jugak ya Sweet dulu.

Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.