Muka ada iras dengan Neelofa, tapi ada pula yang samakan wajah Naura dengan Ira Kazar

Umum sedia maklum, suatu ketika dahulu pernah tular wajah seorang kanak-kanak perempuan yang dikatakan seiras seperti pelakon dan bekas pengacara rancangan MeleTOP, Neelofa. Malah, kanak-kanak dikenali adik Naura Auni juga turut hadir ke rancangan tersebut dan berada disamping Neelofa sehingga kedua-duanya mencetuskan fenomena. Mana tidaknya, bukan sahaja wajah Auni kelihatan seiras bahkan memiliki suara dan cara gelak yang salin tak tumpah seperti Neelofa.

Namun, lain pula jadinya apabila meningkat usia apabila terdapat segelintir warganet mengatakan wajah adik Naura seperti isteri kedua pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar. “Dah besar muka macam Ira Kazar pulak,”tanya seorang pengguna TikTok. Komen tersebut mendapat perhatian adik Naura dan tampil bersuara dan menyoal kembali mengenai ‘siapa Ira Kazar’. “Siapa Ira Kazar tu? Siapa Ira Kazar? Siapa tu? Saya tak kenal,”jawabnya sambil gelak. Klik sini untuk lihat video. Klik sini untuk lihat video.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet tidak sependapat dan tetap menyatakan adik Naura masih memiliki wajah seperti selebriti berusia 34 tahun. Bagaimanapun, suaranya sedikit berubah seperti pelakon remaja, Mia Sara Nasuha ketika masih kecil.

Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.