Semua orang nak kawin kekal lama, A Aida akui ramai lelaki yang cuba dekati tapi hati masih belum terbuka untuk terima

Penerbit terkenal, A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang mengakui bahagia dengan kehidupannya sekarang sebagai seorang ibu tunggal dan wanita yang berkerjaya. Menerusi temu bual bersama Melodi, A.Aida mendedahkan ramai jejaka mahu mendekati namun, hatinya masih belum terbuka untuk menerima mana-mana lelaki. “Saya sebenarnya buat masa sekarang ini tak fikir langsung, saya bahagia jadi ‘single’. Saya seorang wanita berkerjaya, sibuk dengan macam-macam, jadual terlalu padat jadi tiada masa nak cari pasangan buat masa sekarang ini.

“Ramai yang mendekati tetapi buat masa sekarang ini hati saya belum terbuka lagi, kadang-kadang saya tengok kawan-kawan, adik saya bahagia bersama suami, sedih la juga,” ujarnya. Akui cemburu melihat kebahagiaan rakan-rakan serta adik yang sudah memiliki suami, penerbit yang berusia 53 tahun itu reda dengan ketentuan Illahi yang belum menetapkan jodoh yang terbaik buatnya meskipun sudah mempunyai segala-galanya. Bahkan, sebagai seorang ibu yang pernah melalui fasa sukar dalam rumah tangga, dia menitipkan pesanan kepada anak sulungnya yang bakal membina mahligai bersama pilihan hatinya kelak.

Baginya, tiada siapa yang inginkan satu perkahwinan itu gagal malah, akan mempertahankan rumah tangga sebaik yang mungkin demi kebahagiaan yang terjalin. “Saya ingat kata-kata mak saya dia cakap tuhan bagi segala-galanya pada saya tapi bab suami Allah belum bagi lagi lah. Cuma kadang-kadang saya cemburu tengok adik saya hidup bahagia disisi suami. Macam saya ada segalanya tapi tuhan tak bagi kat saya seorang suami untuk membimbing saya. Bagi saya sebenarnya jodoh ajl semua ditangan Allah. Siapa nak kahwin pisah, macam saya kan orang tanya asyik kahwin pisah kahwin pisah, hello ada ke orang nak seperti itu.

Masa kita akad nikah kalau boleh nak bahagia hingga jannah betul tak? Tapi tuhan dah tulis kat atas tu kita nak buat macam mana, kita sedaya upaya nak pertahankan. Sebagai seorang wanita kita buat yang terbaik untuk suami kita,” katanya. Sekadar info, A.Aida pernah berkahwin dengan bekas vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng pada 1994 namun berpisah pada 2003.

Kemudian, dia mendirikan rumah tangga bersama seorang anggota polis lain-lain pangkat untuk beberapa bulan. Selepas itu, berkahwin dengan seorang pegawai polis berpangkat Asisten Supritenden (ASP) iaitu Suffian Sulaiman pada 2007 namun memilih jalan berpisah. A.Aida juga pernah membina mahligai bersama pelakon Ariff Aziz pada 2018 tetapi turut berakhir dengan perpisahan pada 2019.

Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.