Datuk Afdlin Shauki memilih untuk membiarkan warganet yang mula menggelarkan wanita yang kini dekat dengannya sebagai ‘Datin’. Afdlin berkata, dia sudah biasa ‘hidup’ dengan netizen dan belajar untuk diam. Kalau mereka nak panggil apa pun, terpulang kepada mereka. Saya biarkan saja sebab saya dah biasa hidup dengan warganet.
Saya dah pernah kena kecam, kena itu dan ini. Saya belajar satu benda iaitu saya diam saja,” katanya kepada Harian Metro. Tidak hanya warganet , rakan artis yang juga pelakon Liyana Jasmay turut menulis komen dengan panggilan Datin kepada wanita itu di hantaran yang pernah dimuat naik Afdlin ke Instagram. Datin Marcella yang cantik,” tulisnya.
Ditanya mengenai statusnya dengan wanita yang dikenali sebagai Marcella itu, Afdlin memaklumkan bahawa dia akan mengumumkan sesuatu Ogos ini. Insya-Allah, Ogos nanti saya akan ceritakan sebab bulan itu penting. Saya akan kongsikan mengenai status.
Sekarang belum masanya. Halangan tak ada, cuma ada beberapa kerja dan urusan yang perlu diselesaikan dahulu,” katanya. Afdlin juga turut berkongsi mengenai hubungan baik antara dia dan bekas isteri, Maria Christina Orow Abdullah.
Saya dengan bekas isteri saya pun okay. Saya beritahu perancangan saya kepadanya dan tak ada masalah. Saya jarang keluarkan gambar keluarga sebab bekas isteri saya jenis yang tak suka bergambar. Banyak orang minta nak ambil gambar di rumah, tapi dia tak bagi sebab dia lebih selesa menjaga privasinya.
Saya menghormatinya dan kami pun dah bercerai lebih setahun lalu,” katanya. Afdlin dan Maria berkahwin pada 1997 sebelum mengesahkan bercerai pada April tahun lalu. Perkahwinan mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.
Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.