Sedihnya bila tengok pakcik ni nak jual telefon bimbit semata nak beli beras

Tular sebuah video memaparkan seorang pakcik mahu menjual telefon bimbitnya untuk membeli beras demi kelangsungan hidup. Menerusi akaun TikTok Nor Asiah Kamis, pakcik berusia lingkungan 50-an itu dilihat datang ke sebuah kedai telefon bimbit berseorangan bagi menjual peranti jenis Nokia tersebut. Walau bagaimanapun, pekerja wanita menyatakan bahawa mereka tidak menerima peranti model lama sebelum bertanya mengenai tujuan pakcik itu ingin menjual telefon bimbit berkenaan. Klik sini untuk lihat video.

“Telefon ni kami tak ambil pakcik, jenis lama ni. Sebab apa pakcik nak jual?,” kata wanita tersebut dalam loghat Kedah. Difahamkan, pakcik terbabit seolah-olah terdesak apabila tetap menerima walaupun dijual dengan RM20 selepas wanita berkenaan menawarkan harga RM50. Rakaman berdurasi hampir satu minit itu meraih 1.4 juta tontonan dan lebih 2,200 komen dalam kalangan warganet yang rata-rata tersentuh hati melihat kesusahan hidup pakcik tersebut.

Namun begitu, Nor Asiah menjelaskan bahawa video terbabit adalah konten semata-mata yang dilakonkan semula bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.