Kalau kita perasan, sejak kebelakangan ini, cuaca begitu panas dan membahang sampai membuatkan kita rasa haus memanjang. Jadi, hidrasi begitu penting agar mengelakkan diri kita daripada terkena strok haba. Oleh itu, tindakan seorang guru kurang upaya ini dalam memainkan peranan untuk keselesaan murid-muridnya patut dicontohi. Menurut perkongsian cikgu yang dikenali sebagai Abdullah Kadir di TikTok, dia menyatakan murid-muridnya mengadu selalu dahaga kerana cuaca panas, jadi mereka hilang fokus semasa proses pembelajaran akibat kehausan dan cuaca panas. Klik sini untuk lihat video.
“Kalau jadual lepas rehat, lagi mencabar, panas sangat, air yang dibekalkan ibu bapa selalunya habis diminum selepas rehat.” Disebabkan itu, cikgu ini mengambil inisiatif untuk bekalkan air minuman untuk muridnya. Jadi, muridnya itu boleh minum pada bila-bila waktu apabila memerlukan bagi membantu mereka kembali fokus pada isi pelajaran. “Kebetulan ada biskut raya lebih rumah, cikgu letak sekali untuk anak-anak makan.” Dalam video yang telah meraih lebih 600K jumlah tontonan dalam masa 2 hari itu, dapat dilihat murid-muridnya betul-betul menikmati minuman tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet menghargai tindakan guru tersebut dan menyifatkan ibu bapa kepada murid-murid itu amat bertuah dapat cikgu sebaik ini. Rezeki betul dapat cikgu sebaik ini, maklumlah kanak-kanak sekarang memang begitu memerlukan hidrasi.